Saturday, September 13, 2014

Bantuan Pelajaran Tuanku Abdul Rahman (BPTAR) 2014



BANTUAN PELAJARAN TUNKU ABDUL RAHMAN (BPTAR)



BPTAR ini dikhususkan untuk pelajar yang berlatarbelakang keluarga miskin bagi menampung kos sara hidup untuk dua (2) semester semasa mengikuti pengajian sepenuh masa Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Syarat-Syarat Permohonan


(i) Warganegara Malaysia

(ii) Pelajar berdaftar sepenuh masa dalam sebarang pengajian Ijazah Sarjana Muda di IPTA

(iii) Berlatarbelakang keluarga miskin.

(iv) Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional juga layak memohon.

Kadar Bantuan Dan Cara Bayaran


Amaun bantuan dan bilangan penerima akan ditentukan oleh Lembaga Pemegang Amanah YTAR dan disalurkan melalui pejabat Hal Ehwal Pelajar IPTA.

Pengesahan Pendapatan Keluarga


Maklumat berkaitan pendapatan keluarga pemohon hendaklah disahkan oleh Penghulu Mukim (atau setaraf) atau Ketua Jabatan (Majikan ibu bapa/penjaga) yang benar-benar mengenali keluarga pemohon.

Permohonan


Klik DI SINI untuk memuat turun Borang Permohonan Bantuan Pelajaran Tunku Abdul Rahman. Semua permohonan mesti diserahkan kepada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) universiti.

Tarikh permohonan dibuka : 01 September 2014

Tarikh permohonan ditutup : 30 September 2014

Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi. Pemohon yang tidak dihubungi oleh Hal Ehwal Pelajar universiti selepas 3 bulan daripada tarikh tutup permohonan dianggap tidak berjaya.

Klik DI SINI untuk muat turun borang dalam bentuk PDF.

p/s: kalau korang xleh nak apply, share la dekat kawan2 korang. yg mane kalau korang tahu ade keluarga yang memerlukan ke. dapat x dapat nombor dua. at least try dulu ye. 

No comments:

Post a Comment