Monday, September 8, 2014

16 Kerjaya Dengan Pendapatan Tinggi Lumayan Meletup Tanpa Memerlukan Ijazah Universiti di Malaysia

Di Malaysia, untuk bekerja di mana-mana agensi swasta atau kerajaan, perlu diingat bahawa kelulusan minima yang perlu kita ada ialah SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Bukan itu sahaja tetapi pelajar juga harus aktif dalam ko-kurikulum dan mendapat komen positif dalam sijil berhenti sekolah.
Kerja - kerja ni memang gaji besar la senang cite, tapi keje pun x senang la. Ape2 hal pun, korang kene berusaha jugak. 

Berikut adalah 16 kerjaya yang yang boleh memberi pulangan yang lumayan kepada yang berminat, walaupun anda tidak mempunyai ijazah dari universiti.


Malaysian Flying Academy, Melaka.

1. Juruterbang
Kerjaya ini memerlukan modal yang besar kerana kursus yang ditawarkan sebelum anda menjadi seorang juruterbang bertauliah boleh sampai ke ratusan ribu ringgit. Walaubagaimana pun, gaji yang bakal anda terima juga amat lumayan sekali. Terdapat beberapa akademi yang menyediakan kursus Commercial Pilot Licence, seperti Malaysian Flying Academy yang terletak di Melaka.

2. Penasihat Kewangan
Juga dikenali sebagai ‘wealth advisor’ merupakan individu yang mengurus dan memberi khidmat nasihat terhadap pelaburan kewangan anda, sebagai contoh dalam unit amanah.
Semua bank dan institusi kewangan ada menawarkan banyak pilihan kepada pengguna untuk melaburkan wang mereka. Korang kene tahu la sikit - sikit mengenai pelaburan ni, dan yang ni semua nanti diorang akan ajar. 

3. Agen Insuran
Cara untuk menjadi ejen insuran ialah pemohon perlu lulus ujian berkaitan. Korang boleh cari agen insurans, dan tanya kepada mereka camane nk jadi agen insurans ni. Kalau korang perasan, ade shoplot atau kedai - kedai yang ade signboard insurans tu, kat situlah tempat korang nak mula. 

4. Agen Hartanah
Menjadi ejen hartanah juga boleh mendatangkan pulangan dan kepuasan yang besar kepada sesiapa yang berminat.

Bagi mereka yang berminat untuk bekerja di dalam bidang ‘oil and gas’ seperti di Petronas, MMHE, Schlumberger, Talisman Energy, untuk menjadi tenaga kerja pakar dan berkelajayakkan, anda perlu menduduki sijil-sijil profesional yang ditawarkan oleh CSWIP, sebuah badan antarabangsa yang menjalankan kursus dan mengeluarkan sijil profesional yang diiktiraf seluruh dunia. Ia merupakan badan antarabangsa dan mereka ada melantik wakil tempatan untuk menjalankan kursus di Malaysia. Kalau bidang - bidang ni, memang dahsyat. X masuk lagi bonus tahunan kalau korang perform baik punye mase korang keje. Memang masyuk. Tapi keje pun kene buat betul - betul la. 


Rig Operator / Operator pelantar minyak di antara kerjaya yang menjanjikan pendapatan tinggi.

Kebaikan sijil yang dikeluarkan CSWIP ialah ia diiktiraf diperingkat antarabangsa dan bukan sahaja di Malaysia. Antara sijil, dan seterusnya kerjaya yang anda boleh ceburi ialah;

5. Welding Inspector
6. Welding QC Co-ordinator
7. Plant Inspector
8. Offshore Inspection
9. Non-destructive Testing
10. Plastics Welders
11. Welder (ini juga terdapat pelbagai-bagai pengkhususan)

Satu lagi badan yang banyak menawarkan sijil-sijil profesional ialah NIOSH atau National Institute Of Safety and Health (Malaysia).

12. Safety & Health Officer
Bidang tugas ialah untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja di sesuatu premis pekerjaan / organisasi itu mengikut standard NIOSH. Tugas korang untuk pastikan xde atau kurang atau mencegah kemalangan kat tempat kerja korang. 

13. Rig Operator / Operator pelantar minyak
Pekerja am yang membantu kerja-kerja di atas pelantar minyak. Kebanyakkan latihan diperolehi dari masa ke semasa semasa menjalankan tugas.

Kepada calon yang mempunyai kebolehan dalam bidang elektrikal, mereka bolehlah mengambil kursus berikut di Institut Latihan Perindustrian (ILP) yang berdekatan.

14. Wireman
Untuk melaksanakan pemasangan elektrik dan pengujian di tapak. Wireman ini juga mempunyai pelbagai peringkat membolehkan mereka mengendalikan litar satu fasa atau tiga fasa untuk kawasan kediaman atau komersil.

15. Chargeman
Mengendalikan sistem elektrikal Voltan Melebihi Voltan Rendah ( Tanpa Talian Aerial dan Stesen Janakuasa Voltan Melebihi Voltan Rendah)

16. RoHS officer
RoHS atau Restriction of Hazardous Substances Directive adalah satu arahan untuk menyekat penggunaan daripada bahan-bahan berbahaya tertentu dalam peralatan elektrik dan elektronik. Sejak tahun 2003 negara-negara barat dan Eropah telah melarang dan menghadkan kandungan barang kimia terlarang dan merbahaya dalam komponen-komponen barangan tertentu. Di Malaysia, banyak syarikat pembuatan antarabangsa memerlukan pegawai RoHS untuk memeriksa dan mengesahkan barangan mereka memenuhi standard RoHS.

Terdapat banyak agensi yang menyediakan kursus pensijilan kepada mereka yang berminat untuk menjadi pegawai RoHS

Berikut adalah serba sedikit kerjaya yang terdapat di Malaysia yang tidak memerlukan ijazah universiti. Yang penting semua kerja yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan memerlukan sijil dan kursus yang khas dan diiktiraf.


Korang yang x dapat result bagus2 melampau mase SPM jangan risau. Korang masih boleh berjaya dalam hidup korang. Yang penting, jangan putus asa, dan jangan jadikan result spm x ok sbg alasan untuk korang malas2.

Kawan - kawan admin sendiri pun ramai yang ade spm je, lepas tu x sambung pun ijazah, tapi ade sijil dan kemahiran2 ni. Gaji, memang masyuk, jauh lagi berjaya dari admin yang tengah taip ni untuk korang bace. Entah bace ke idok ye? 

rajin2 la bace ye. dan share la dengan membe2 korang yang x dapat masuk U ke, yang dh x berape rajin nk belajar lagi ke, ini boleh menjadi perubahan untuk korang. 

Oh. Lupe. yang ke 17. 

17. Keje amal - korang free - free, carila tempat yang korang boleh buat keje amal ye. Tolong jiran ke, tolong orang tua- tua ke, atau yang lebih utama, tolong keluarga dan sahabat handai. Korang buat keje amal, esp mase korang tengah free, korang x rugi ape pun. dapat pahale lagi. Silap2 boleh kenal member2 baru. So, kalau bosan x tau nk buat ape tu, rajin - rajin la ye buat keje amal. Islam pun suruh kan. kan. kan. 

No comments:

Post a Comment