MyMaster
MyMaster diwujudkan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) menerusi Program MyBrain15 bagi membiayai pengajian di peringkat Ijazah Sarjana. Program ini merupakan feeder kepada MyPhD. Objektif MyMaster adalah untuk merangsang dan menggalakkan graduan yang berkaliber meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi dalam bidang-bidang yang penting selaras dengan agenda pembangunan negara. Ianya sekaligus dapat membangun dan mengekalkan modal insan serta menjayakan transformasi ke arah negara berpendapatan tinggi.
SYARAT
1. Warganegara Malaysia.
2. Tiada had umur.
3. Pemohon mestilah:
Orang awam yang tidak bekerja dan tidak berpendapatan tetap; atau
Kakitangan swasta; atau
Pensyarah IPTS.; atau
Kakitangan kerajaan/badan berkanun/IPTA (kontrak/sambilan/sementara); atau
Pesara kerajaan/badan berkanun/IPTA
4. Pemohon yang bekerja di luar negara tidak layak memohon.