Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

Monday, November 14, 2016

PERMOHONAN ATTACHMENT BERSAMA INSTEP (Institut Teknologi Petronas) 2017


Peluang untuk anda melanjutkan pelajaran di Instep dan peluang untuk memasuki bidang Carigali bersama syarikan petroleum tersohor dunia.

Permohonan sehingga 25 November 2016 sahaja. Cepat!

Klik gambar untuk gambaran lebih jelas. Link untuk memohon ada di bawah.


Permohonan dibuka esok, 15 November 2016, jam 8:00 pagi. Anda boleh memohon di sini


Monday, September 8, 2014

16 Kerjaya Dengan Pendapatan Tinggi Lumayan Meletup Tanpa Memerlukan Ijazah Universiti di Malaysia

Di Malaysia, untuk bekerja di mana-mana agensi swasta atau kerajaan, perlu diingat bahawa kelulusan minima yang perlu kita ada ialah SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Bukan itu sahaja tetapi pelajar juga harus aktif dalam ko-kurikulum dan mendapat komen positif dalam sijil berhenti sekolah.
Kerja - kerja ni memang gaji besar la senang cite, tapi keje pun x senang la. Ape2 hal pun, korang kene berusaha jugak. 

Berikut adalah 16 kerjaya yang yang boleh memberi pulangan yang lumayan kepada yang berminat, walaupun anda tidak mempunyai ijazah dari universiti.


Malaysian Flying Academy, Melaka.

1. Juruterbang
Kerjaya ini memerlukan modal yang besar kerana kursus yang ditawarkan sebelum anda menjadi seorang juruterbang bertauliah boleh sampai ke ratusan ribu ringgit. Walaubagaimana pun, gaji yang bakal anda terima juga amat lumayan sekali. Terdapat beberapa akademi yang menyediakan kursus Commercial Pilot Licence, seperti Malaysian Flying Academy yang terletak di Melaka.

2. Penasihat Kewangan
Juga dikenali sebagai ‘wealth advisor’ merupakan individu yang mengurus dan memberi khidmat nasihat terhadap pelaburan kewangan anda, sebagai contoh dalam unit amanah.