PETRONAS kini menawarkan Penajaan Pendidikan peringkat universiti kepada calon-calon daripada pelbagai kelayakan (selain Sijil Pelajaran Malaysia) di dalam bidang-bidang khusus berkaitan industri minyak dan gas di universiti-universiti dalam dan luar negara.
Permohonan adalah dibuka kepada calon-calon yang memiliki pencapaian akademik yang cemerlang di samping mempunyai sifat kepimpinan yang terbukti melalui penglibatan aktif di dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum, sosial serta kesukarelawanan.
