Wednesday, August 6, 2014

Peneraju Skil Iltizam 2014

Program Peneraju Skil Iltizam telah diwujudkan untuk memberi peluang kedua kepada pelajar tercicir atau calon-calon yang mungkin lebih cenderung kepada kemahiran vokasio nal / teknikal berbanding dengan prestasi akademik. 



Program ini menyediakan pensijilan dalam industri, di mana calon-calon akan mendapat kemahiran yang bersesuaian dengan permintaan industri. Objektif utama adalah untuk melahirkan pekerja berkemahiran tinggi Bumiputera menjadi pembantu animasi bagi memenuhi permintaan industri kreatif.

Syarat-syarat Kelayakan:
  1. Bumiputera warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun dan tidak melebihi 21 tahun semasa memohon
  3. Pelajar sekolah rendah/menengah/kolej yang keciciran tetapi mempunyai  potensi serta minat  
  4. Boleh membaca dan menulis
  5. Berbakat dalam seni lukis
  6. Mempunyai kemahiran asas penggunaan computer
  7. Berkeyakinan dan mempunyai peribadi yang baik
  8. Bebas daripada penyalahgunaan dadah dan alkohol
Untuk memohon, anda boleh mengisi borang permohonan online di sini. 


Tarikh permohonan dibuka sehingga 18 Ogos 2014. Mohon sekarang! 

No comments:

Post a Comment