Sunday, February 2, 2014

Petronas Education Sponsorship Program 2014




PETRONAS kini menawarkan Penajaan Pendidikan peringkat universiti kepada calon-calon daripada pelbagai kelayakan (selain Sijil Pelajaran Malaysia) di dalam bidang-bidang khusus berkaitan industri minyak dan gas di universiti-universiti dalam dan luar negara.
Permohonan adalah dibuka kepada calon-calon yang memiliki pencapaian akademik yang cemerlang di samping mempunyai sifat kepimpinan yang terbukti melalui penglibatan aktif di dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum, sosial serta kesukarelawanan.

PERMOHONAN DIBUKA:
Tempoh Permohonan Dibuka Bermula 1 Februari hingga 5 Februari 2014.

SYARAT PERMOHONAN:
Calon-calon mestilah warganegara Malaysia dan berumur tidak melebihi 25 tahun pada tahun 2014.
Mempunyai ciri-ciri kepimpinan serta aktif di dalam aktiviti ko-kurikulum.
Calon-calon mestilah bukan penerima penajaan pendidikan daripada penaja-penaja lain.
Calon-calon mestilah sudah mendapat tempat atau sedang melanjutkan pengajian bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda samada di Institusi Pengajian Tinggi Awam ataupun universiti-universiti luar negara dalam program-program yang ditawarkan oleh PETRONAS.
Syarat-syarat kelayakan adalah seperti yang dilampirkan di laman sesawang spmonline.petronas.com.my.

SENARAI KURSUS-KURSUS TEKNIKAL DAN SAINS GUNAAN YANG DITAWARKAN:
Program Sarjana Muda (Kepujian):
Geologi
Geofizik

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MINIMA AKADEMIK
Ijazah Sarjana Muda
Sekurang-kurangnya CGPA 3.00; DAN
Malaysian University English Test (MUET), sekurang-kurangnya Band 3 bagi pemohon daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam, Malaysia (hanya untuk universiti-universiti di Malaysia)


CARA-CARA MEMOHON:

Sila muat turun dan baca dengan teliti Panduan Memohon di laman sesawang tertera di atas.

Muat turun borang permohonan di sini.

Borang permohonan yang telah diisi hendaklah dihantar melalui e-mel ke edu_sponsorship@petronas.com.my sebelum tarikh tutup permohonan dalam format Microsoft Excel.

Hanya permohonan yang disenarai pendekkan akan dipanggil untuk melalui proses temuduga. Permohonan anda dianggap tidak berjaya sekiranya tiada sebarang maklumbalas dalam tempoh tiga puluh (30) hari daripada tarikh tutup permohonan.

No comments:

Post a Comment