BIasiswa JPA Diploma dan Ijazah Dalam Negara 2014

Permohonan biasiswa ijazah JPA untuk program Ijazah Dalam Negara 2014 telah pun dibuka, dan sehingga 23 September 2014 sahaja.


Syarat Kelayakan: 

(a)Syarat-syarat Asas

(i) Warganegara Malaysia;

(ii)  Umur tidak melebihi 25 tahun pada atau sebelum 1 Januari 2014;

(iii)  Memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk
melayakkan lantikan ke perkhidmatan awam termasuk kepujian
dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan pada peringkat SPM atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

(iv) Telah menerima tawaran kemasukan ke tahun pertama (1)
pengajian (Bagi lepasan Matrikulasi/Asasi/STPM/STAM) atau tahun
kedua (2) dan ke atas di peringkatijazah pertama dan mempunyai
baki 2 tahun pengajian; dan

(v)  Tahun pertama peringkat diploma dari mana-mana IPTA (kecuali
UPSI).

(b) Syarat Khusus (Kelayakan Akademik)
Pemohon yang sedang mengikuti pengajian ataupemohon yang telah
diterima masuk ke IPT seperti yang disenaraikan di perenggan 2 sama
ada peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda mulai Sesi 2014/2015
perlu mempunyai salah satu kelayakan akademikseperti berikut:


SYARAT MINIMUM

AKADEMIK  PERINGKAT

Peringkat DIPLOMA

1.  SPM 2013
Minimum 7 A- termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu 

Peringkat IJAZAH

2. STPM
CGPA 3.50
(Minimum 4 subjek dengan gred minimum B)

3. STAM (di samping mempunyai SPM dengan kepujian dalam Bahasa Malaysia)
Minimum 10 subjek dengan gred minimum Jayyid Jiddan

4. Matrikulasi/ Asasi  CGPA 3.75 

5.  A-Level 12 mata dan ke atas (Gred minimum B dalam 3 subjek)

6. International Baccalaureate(IB) 37 mata dan ke atas 

7. Semester 1 / tahun sebelumnya CGPA 3.50  

8. Diploma  CGPA 3.50 

Untuk syarat penuh permohonan, anda boleh lihat dokumen rasmi syarat dan kelayakan di sini

Syarat Permohonan Rasmi Biasiswa JPA 2014

Permohonan terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan. Untuk mengisi borang permohonan, anda boleh mengisi borang online di sini

Borang Permohonan Biasiswa JPA Diploma dan Ijazah 2014


No comments:

Post a Comment